KOREA - CERITA TENTANG PENGALAMAN > DAY 1 <

12:45 PM

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hello Korea. Annyeong-haseyo.


As salam. Lama terpendam pengalaman ak ke korea tempoh hari. Sebulan lebih sudah ak ke sana. Setelah ak selesaikan hutang PTPTN ak via KWSP account 2 ( rujuk di sini), maka semangat ak makin meluap-luap bak naga yang kelaparan di bulan puasa. Huhu. Memang semangat wei. Tiket dibeli ketika Air Asia promo free seat. Kami pergi 5 hari 4 malam which is 5/4/17-9/4/17. Musim SPRING gituw. Kami bertolak jam 1.00am, perjalanan lebih kurang 6 jam, jadi ny sampai cun2 je pagi.

Haa…nak g travel ni wajib tunggu promo seat key. Kau bayangkan lah anak buah ak beli tiket lebih kurang sebulan selepas kitorang beli, tolak tambah dalam RM1400. Kak itun ak plk beli last minit tiket RM1800. #Matilanak. Sedangkan waktu promo kitorang ny tiket hanya RM1000 jer. Haa..nampak tak beza dia jauh giler. Bagai aur dengan tebing. Ehh..

Orait, disebabkan yang pergi ni bercampur dari golongan super emas ke super muda, akak ak decide untuk travel melalui agensi Lurima Travel. Semua disediakan excluding accommodation. Antara yang disediakan transportation & itinenary. Total untuk agent RM 1360. Memang sangat selesa la kan, xde terkejar-kejar dengan bawa baby ny lagi. Antara tempat yang kami lawati boley refer di bawah :

5/4/17  ( Historical Tour )
Bukchon Hanok Village
Gyeongbuk Palace
Insadong Art Street
Cheonggye Stream

6/4/17  ( Winter Sonata Tour )
Nami Island
LED Rose Garden
Malam aktiviti bebas

7/4/17  ( Theme Park Tour )
Everland Theme Park
Banpo Rainbow Bridge
Malam aktiviti bebas

8/4/17  ( Culture & Market Tour )
Seoul Namsan Tour
Namdaemun Market
Yeouido Park Cherry Blossom Festival

9/4/17  ( Check out )


Then, untuk penginapan akak ak cari via website online. Apartment. 

Add : The Comfort Family, 
Daesagwan –ro 5-gil, 
Yongsan-ku yongsan-Gu, 
04400 Seoul. 

3 bilik 2 bilik air. Sangat2 minimalis. Comel je rumah diorang. Owner siap pesan asingkan sampah mengikut plastic kering, basah, tin. Bagus kan. Tak pernah lagi ak masuk homestay kat Mesia ni owner mintak asingkan plastic sampah. Muehehe. Total 936,000 won. Pergh..kayo mak nak oiii. 


DAY 1 – ARRIVAL & HISTORICAL TOUR




Babai Malaysia tanah tumpah ny darahku. Kitorang bertolak lebih kurang tolak tambah kol 1 am. Dapat plak dok tepi tingkap, YESS!! Bahagia gile.


Pandang kiri kanan, line clear selfie 1 pic skeet. Sekali tengok…cait! Budak belakang photoboom. Sorang Ju-on sorang lagi joker.


Sepanjang perjalanan ak tak berapa nak nyenyak tido. Kol 4 ak dah terbangun, da la malam melayan perasaan tengok lampu2 kat luar jendela. Pagi bangun2 pun dah melayan perasaan tengok luar jendela jugak. Ouh mai..rindu suasana ni. Tengok awan2 kat sebelah ak. Hampir2 nak sampai Seoul minah Korea sebelah ak ajak berborak plk. Dem..dengan mulut x bergosok lagi memang x selesa abis ak nak berborak. Nasib la nak. Dia dah lama dok Malaysia. Kata ny nak balik kampong. Seoul ni terlampau padat dengan orang so she decided untuk stay kat Malaysia. Dah jatuh cinta lettew. 


Kami tiba di Incheon International Airport. Al kisah ny mak ak bawak rendang daging untuk dimakan kat sini. Tapi masalahnya mak ak x simpan dalam luggage. Bawak naik atas plane. So, kat sini memang strict bab2 makanan yang berasaskan ternakan. Mereka akan check dulu. Takut bawak penyakit konon ny. Penyakit lembu gila mungkin. Sian mak ak, penat lelah buat last2 rendang dia kena buang masuk dalam plastik. Sob sob. Terkilan jugak kitorang. Camne boley terlepas pandang rendang mak ak ni. T T . 


Terkilanan mak ak terubat dengan pokok2 orkid di sepanjang laluan dalam Incheon Airport. Hihihi..Okay, ni memang muka original w/out bedak eh. Memasing muka masuk airport macam harem.


Sempat selfie dalam toilet airport. Bersih oii. Kau hado? Ak selfie ni pun sebab nk tunjuk bukti yang kawasan dorang ni x nampak 1 sampah hatta yang halus2 pun. ( tipu lak ai ) Tapi series memang xde sampah.



Memasing muka dah segar bugar, mulut pun dah wangi. Keluar2 je dari pintu airport, mak oiii…sejuk tak hengat ni. Suhu mencecah 11 darjah celcius. Nasib ak pakai cardigan tebal bulu2 untuk survive. Hohoho.


Suasana dalam bas meriah dengan pelbagai usia. Bas yang kami naiki pun sangat selesa. Alhamdulillah. 10.00am kami gerak dr Incheong ke Seoul. Perjalanan amik masa dalam 1 jam jugak la.

Terima kasih juga untuk tour guide kami Azri yang sudi melayan segala pertanyaan mak ak dan kitorang sepanjang perjalanan. Mak ak pantang nampak bunga, mesti tanya kat Azri. Hehe. Tepi2 jalan penuh dengan bunga carnola, plum blossom & sakura. Apa beza ny plum blossom & sakura ni..?? Kata Azri, plum blossom kurang terang warna ny compared to sakura


SEOUL KAMI DATANGGGG!!


INSADONG STREET ART




Sesampai ny di Seoul, kami singgah di stage kaki lima di Insadong Art Street untuk breakfast. Jap g ad plak yang pengsan berjemaah perut masuk angin kang. Tak silap ak, stage ni digunakan untuk buat persembahan apa ntah. Kami makan nasi impit, sambal ikan bilis & serunding. Nikmat tak terkata wei. Tengah2 nikmat, hujan la pulak. Payung memang xde la kan. Beli je kat kedai area Insadong ni dalam 6000 won, RM 24. Suhu makin drop sebab hujan.



Selain payung, benda yang pertama ak beli adalah susu pishang. Haha. Kalau dulu, kat Krabi susu pishang meiji yang ni ak xtau la plak brand ap kan. Anak buah ak la ni yang suggest dah datang sini WAJIB beli susu pishang. Ad banyak jenis, kami try yang light. Beli 2 botol free sebotol. Total 2600 won.


Kat sini banyak kedai2 baju dan sebagainya. Kalau nak sewa hanbok pun boley cari di sini. Disebabkan hujan rasa macam leceh plak nak bergerak pakai hanbok kan.




Tengah best2 cuci mata, kami ditegur oleh Korean guy yang fasih berbahasa melayu. Comel gile pelat dia. Marketing dia super duper bagus. Kemudian, dia tunjukkan demo cara buat kkul tarae. Actually, kkul tarae ni sejenis Korean dessert. Siap bagi sample untuk kami rasa. Tak tau macam mana nak describe rasa dia tapi memang best. WAJIB JUGA CARI DAN BELI..!! Harga..?? X ingat..haha.





BUKCHON HANOK VILLAGE



Seterusnya, kami ke Bukchon Hanok Village. Suasana yang berbukit bukit sepanjang perkampungan, patut lah Korean people ni kurus2 belaka..huhu. Ciri2 traditional yang berukir2 dekat setiap rumah diorang tersangatlah cantik. Katanya mengekalkan senibina rumah lama Dinasti Joseon. Im fall in luv dgn scenery kat sini, memang sesuai la dengan jiwa klasik ak. Hehehe..









Hanbok girls di belakang ak


 dan Hanbok boys di sebelah didie. Hanbok Boys..?? 



Sementara kami bersiar2 mencuci mata di kawasan village, family akak ak menikmati secawan coffee di coffee shop dengan harga 5000 won which is RM 20 kalau di Malaysia. 


Sementara di luar coffee shop.


GYEONGBOKGUNG PALACE
" Palace Greatly Blessed by Heaven "


Hujan still x berhenti. Kata Azri kalau arini hujan, esok dan mendatang tak hujan dah. Huhu. Jari-jari tangan ak dah makin mengembang,kekejangan dan hampir bertukar jadi merah. Nasib bukan mak kau hijau. See…jari ak jadi gemuk dalam pic. Syndrome apakah? Raynaud’s Syndrome? Meh…Memang tak boleh tahan la sejuk ny tu sampai tahap menggigil.




Haa ni lah istana beraja masa zaman Dinasti Joseon. Dibina pada 1395.  622 tahun dah usia istana ni dan ak berada di depan ny sambil buat peace. Hee ~ Gambar2 sekitar hari pertama banyak yang kabur sebab hari hujan. Tapi xpe, yang penting dapat menghayati senibina yang terdapat di dalam istana ni. Sangat cantik dan penuh dengan ukiran kasar dan halus di dalam dan luar bangunan. 



Tempat bersemayamnya raja. 



Ukiran bumbung laluan diraja ketika waktu hujan.



Berjalan sedikit ke belakang palace, terdapat Gyeonghoeru Pavilion dan tasik yang mendamaikan di sekeliling ny. Sempat fefeeling fly me to the moon  kejap. Hee~

Berakhirlah hari pertama kami di Korea yang diiringi dengan hujan. Tragedi di Krabi berulang kembali. Haha. Tour guide kami advise untuk ke Cheonggye Stream iaitu tasik buatan manusia pada last day coz x cantik kalau g waktu hujan2 gini. Kami terus balik ke apartment untuk check in, malam aktiviti bebas tapi disebabkan badan masih terkezut & letih, kami plan untuk berehat je. Pagi esok kena bangun awal untuk ke Nami Island pula. 





 Notakaki : KOREA DAY 2. STAY TUNED..!!

Baca entry lain

2 darlings

  1. Syoknye... InshaAllah nk kesana jugak nanti bila berpeluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen..ad peluang tu. best g sana. :)

      Delete

DRAMA QUEEN