SUSHI KING & MERDEKA SALES BASKIN ROBIN

11:45 AM

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ahad lepas, kitorang ke Palm Mall Seremban untuk makan sushi semata-mata. Actually, tak planning pun sebab tetiba jek Ecah wasap ak n ak tanpa teragak terus ON.

Ecah : Mira..ritu ko cakap nak makan sushi en
Ak : Uii..haha. Sodap eh katne tu?
Ecah : Tetibe teringin plak. Jom!
Ak : Okay gak. Minggu ni jom. Ajak Fara


Fara dgn gaya kawaii eh

Kitorang pilih BENTO untuk menu utama. Lama giler kot nak tunggu bento sampai. Sebab dah lapar tahap dewa berpuluh pinggan kitorang melantak. okay yg ni tipu! Hampir 10 pinggan jugak la untuk kitorang ber 3. Huhuhu.   


Baru ak tau ghupe ny nak makan sushi pun ad etika ny. Kau hengat boleh main belasah macam tu jek? Tapi kitorang pun hentam kromo jek makan. Kikiki. Janji masuk mulut ek. Ecah siap campur wasabi dalam kicap. Dah masuk mulut buat muka macam kena panah petir. Kahh!! 


Antara SUSHI yg sempat ak snap 
Yg lain dah masuk perut. Hee ~


Telor ikan. Fevret ak weii..


Anak sotong kurita. Best!



Salmon mentah


Haa..bento mali. Actually, salmon mentah lagi best dari yg dah goreng macam ni. Ayam pun just ayam goreng.  Better makan sushi jek. Kitorang berperang nak menghabiskan bento ni sebab memasing dah mual. Tekak melayu katakau.

Not recommended. 


The best green tea i have ever had!!!!

Mana nak cari Japanese greentea ni wei. 5 cawan kot ak minum. Sekelip mata mual hilang bila pekena tea ni. Rasa dia memang soft & smooth. Nanges!


Last sekali, kami cuci tekak dan perut dengan green tea ice cream. Nyummeh!

Food Service 1/5
Layanan 5/5
Makanan 4/5
Tempat 4.5/5
Total : RM 102

Then, kitorang ke Baskin Robin sebab ad MERDEKA sales kata ny. Untuk setiap item kedua harga terus menjunam RM 3.10. Alang kepalang kitorang pilih yg double scoop. So, dapat 4 scoops dalam RM 18 .

Choc Mousse & Cookies cream
Macadamia & Cotton candy  







Notakaki : Minggu ni ke Jakel Senawang.

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN