DIY WEDDING GUESTBOOK

4:03 PM


بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum WTB. Soalan yg cukup pemes sekarang ni bila majlis dah nak hampir sampai, " Macam mana dengan preparation majlis ? " Ak pun sebenarnya x tahu nak reply macam mana. Kalau ad buku guide jawapan, boleh juga ak kopipes. Nak kata dah siap sepenuhnya, tak jugak. Nak kata tak siap sepenuhnya, tak jugak. Semua masih dalam proses pembikinan. Kali ni ak share projek DIY untuk wedding guestbook ak. Nak beli 1 buku ni dalam puluh2 jugak. Lebih baik ak habiskan puluh2 tu ke benda lain. He he he. KEEP CALM & JOM BUAT..!!


First thing first, kita kumpulkan semua material yang nak digunakan. Nasib baik ak simpan lagi buku graduasi masa convocation dulu. Fuhh. Material lain seperti gam fabrik, gunting , satin ribbon & kain felt.


Ribbon ni ak guna untuk cover tulang buku. Gam je nak bagi lekat.


Lepas tu susun batu bling bling di sekeliling buku dan gamkan.


Step seterusnya, tampalkan felt hitam untuk dijadikan base buku.


Untuk tulisan cover guestbook, ak menggunakan gold marker di atas felt putih. 


Haaa...beginilah kejadiannya. Basic sudah settle. Next step, untuk hiasan guestbook pula.


Kita letak ribbon sebagai penyeri rumah tangga. Ehh..


Ni part yang paling best!! Hias2 my guestbook menggunakan bunga dari kain felt. Tutorial boleh refer sini --> DIY Bunga Felt . Seperti biasa gam kan sahaja bunga2 tersebut dan ak letak sequin hijau zamrud di sepanjang daun2. Hasil kejadian seperti yang di bawah. Tadaaaa..!!! 









Notakaki : Tak sabar nak bagi anak2 cucu tengok hasil contengan karut marut korang dalam guestbook ni nanti. Hew hew hew.. 

Baca entry lain

0 darlings

DRAMA QUEEN